TEHRAN: Speaker Parlimen, Mohammad Bagher Ghalibaf antara enam calon yang layak bertanding dalam Pilihan Raya Presiden pada 28 Jun ini. Pilihan raya yang sepatutnya dijadualkan tahun depan terpaksa diadakan lebih awal berikutan kematian Presiden Ebrahim Raisi akibat nahas helikopter 19 Mei lalu. Seramai 80 orang mendaftar untuk bertanding, tetapi Majlis Perlembagaan Negara memutuskan hanya enam calon yang layak. Majlis itu turut meluluskan pencalonan bekas perunding nuklear, Saeed Jalili; Datuk Bandar Tehran, Alireza Zakani; bekas Menteri Dalam Negeri dan Menteri Kehakiman, Mostafa Pourmohammadi; bekas Menteri Kesihatan, Masoud Pezeshkian serta Naib Presiden…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya