BOGOTA: Dua maut selepas sebuah pesawat ringan terhempas di bahagian Atlantiko, utara Colombia, semalam. Ketua Polis Atlantico, Kolonel John Urrea berkata, kejadian berlaku di kawasan luar bandar San Juan de Acosta, sebuah bandar di bahagian Atlantico. Beliau berkata, pegawai polis dan bomba bekerjasama untuk mengeluarkan mayat mangsa yang belum dikenal pasti identitinya. “Orang pertama yang tiba (di tempat kejadian) adalah penduduk kawasan yang memaklumkan melalui talian kecemasan. “Apabila agensi bantuan tiba, pesawat sudah terhempas dan dua mayat ditemukan di dalamnya,” katanya. Urrea percaya keadaan cuaca buruk mungkin antara faktor pesawat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya