NEW YORK: Seorang jurutera perisian warga Palestin yang bekerja di Amerika Syarikat memfailkan saman terhadap gergasi media sosial Meta, minggu ini kerana mendakwa syarikat itu memecat dirinya secara tidak sah. Ferras Hamad berkata, Meta, syarikat induk Facebook dan Instagram, mendiskriminasi dan memecatnya selepas dia menyiasat dakwaan pengguna berhubung tindakan syarikat itu menapis pencipta kandungan dan aktivis Palestin. Lapor NBC yang memetik tuntutan mahkamah difailkan Hamad, lelaki itu disiasat dan ditamatkan perkhidmatan kerana berasal dari Palestin atau alasan kerana seorang Muslim, selain tindakannya menyiasat dakwaan penapisan. Menurut saman itu, dia dipecat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya