NEW YORK: Pertubuhan hak sivil dan advokasi Islam terkemuka, Council on American-Islamic Relations (CAIR) mengecam undang-undang baharu Tajikistan yang bertujuan melarang pemakaian tudung dalam kalangan wanita di negara berkenaan. Pengarah Penyelidikan dan Advokasi CAIR, Corey Saylor menyatakan kebimbangan terhadap implikasi undang-undang sedemikian dan menyifatkannya sebagai pelanggaran serius terhadap kebebasan beragama. “Mengharamkan hijab adalah pencabulan kebebasan beragama dan larangan seperti itu tidak sepatutnya diamalkan di mana-mana negara yang menghormati hak rakyat mereka,” katanya. Pada masa sama, Saylor turut menegaskan komitmen pertubuhan itu untuk mempertahankan hak umat Islam setempat dan luar negara.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya