JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri berhasrat menubuhkan ‘Johor Talent Development Council’ bagi menyediakan tenaga kerja berkemahiran untuk membantu Johor mencapai negeri maju menjelang 2030. Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, usaha itu juga selari dengan pelaksanaan inisiatif ekonomi berimpak tinggi, iaitu Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang sedang dirangka dan bakal menyediakan sehingga 100,000 peluang pekerjaan. “JS-SEZ ini akan menjadi pemangkin, katalis untuk pembangunan ekonomi bukan sahaja di Johor, malah di seluruh negara. Hasrat kita adalah untuk menjadikan negeri ini seperti Shenzen, China bagi rantau Asia Tenggara. “Sehubungan itu, Johor…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya