SEREMBAN: Mahkamah Tinggi Seremban hari ini menjatuhkan hukuman mati terhadap seorang pekerja ladang selepas dia didapati bersalah atas pertuduhan membunuh adik kandungnya di sebuah ladang kelapa sawit di Rantau di sini empat tahun lalu. Hakim, Datuk Rohani Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap K. Paramasivam, 49, selepas mendengar hujahan dan rayuan mitigasi pihak pembelaan dan hujahan pemberatan pihak pendakwaan. “Oleh itu, saya memutuskan bahawa tertuduh dijatuhkan hukuman gantung pada masa, tarikh dan tempat yang akan ditetapkan kemudian,” katanya. Pada 25 Jun lalu, mahkamah sama telah mendapati Paramisivam bersalah di bawah Seksyen…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya