Bruno Mars buat kejutan, adakan konsert di KL September ini

Bruno Mars buat kejutan, adakan konsert di KL September ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi terkenal dan penerima Anugerah Grammy, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsikan penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Mengintai media sosial, rata-rata peminat terkejut dan teruja dengan pengumuman tersebut memandangkan sebelum ini Malaysia tidak tersenarai sebagai lokasi untuk konsert jelajahnya di Asia Tenggara.

Januari lalu, penyanyi Amerika Syarikat itu hanya mengumumkan bakal mengadakan konsert di Bangkok pada 30 Mac dan Singapura pada 5 April.

Sepanjang kerjaya, Bruno menjadi penyanyi kedua yang berjaya memenangi Anugerah Grammy untuk kategori utama Record of the Year tiga tahun berturut-turut.

Untuk rekod, kali terakhir penyanyi Talking To The Moon itu beraksi di Malaysia ialah enam tahun menerusi konsert jelajah Bruno Mars 24K Magic pada 11 April 2018.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN