Biden kemuka tiga syor cadangan tamatkan perang di Gaza

Biden kemuka tiga syor cadangan tamatkan perang di Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden menggesa Hamas untuk menerima cadangan baharu yang dikemukakan oleh Israel bagi menamatkan konflik di Gaza.

Cadangan itu mengandungi tiga fasa dengan gencatan senjata selama enam minggu yang mewajibkan pasukan pertahanan Israel (IDF) berundur dari kawasan yang padat penduduk di Gaza.

Cadangan itu juga akan membenarkan lebih banyak penghantaran bantuan kemanusiaan termasuk pertukaran beberapa tebusan dengan tahanan Palestin. 

Cadangan itu akhirnya akan menghentikan ‘permusuhan’ dan rancangan pembinaan semula untuk Gaza. 

Hamas berkata, pihaknya melihat cadangan itu secara positif dan bersedia untuk berurusan dengan syarat Israel mengisytiharkan komitmen yang jelas. 

Cadangan itu dihantar kepada Hamas melalui pengantara yang berpangkalan di Qatar. 

Bercakap di White House pada Jumaat, Biden berkata, fasa pertama perjanjian yang dicadangkan merangkumi ‘gencatan senjata penuh dan lengkap’, pengunduran tentera IDF dari kawasan padat penduduk dan pertukaran tebusan. 

“Ini adalah detik penentuan. Hamas mahukan gencatan senjata. 

“Perjanjian ini adalah peluang untuk membuktikan sama ada mereka benar-benar bersungguh. 

“Gencatan senjata akan membolehkan lebih banyak bantuan kemanusiaan sampai ke wilayah yang terkepung itu dengan 600 trak bantuan ke Gaza setiap hari,” katanya. 

Menerusi ucapan itu, Biden mengakui rundingan atara fasa satu dan dua akan menjadi sukar. 

Ini kerana, beberapa hari lalu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dengan tegas menentang untuk menamatkan perang sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata. 

Walaupun perjanjian itu merupakan butiran yang terkandung dalam pusingan rundingan sebelum ini yang gagal, AS tetap tegu menggesa gencatan senjata kekal yang merupakan konsesi penting untuk menarik kembali Hamas ke meja rundingan. 

Fasa ketiga cadangan itu menyaksikan mayat terakhir mana-mana tebusan Israel yang mati akan dikembalikan, serta pelan pembinaan semula Gaza dengan bantuan AS dan antarabangsa untuk membina semula rumah, sekolah dan hospital. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya