JOHOR BAHRU: Mahkamah Sesyen menetapkan tarikh perbicaraan terhadap Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard yang didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 pada 18, 19, 20 dan 21 November depan. Hakim, Rasidah Roslee menetapkan tarikh itu selepas sebutan semula kes berkenaan, hari ini. Chegu Bard, 45, berdepan satu pertuduhan membuat hantaran dalam media sosial tentang projek kasino di Forest City, sekali gus merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong. Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur, Datin Kalmizah Salleh yang mengendalikan pendakwaan itu turut memberitahu pihaknya akan memanggil tujuh saksi sepanjang perbicaraan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya