MARANG: Bermula dengan lima ekor lembu pada tahun 2018, seorang pemuda kini bergelar penternak berjaya apabila memiliki 43 ekor lembu pelbagai jenis termasuk lembu sado. Aiman Asyraf Kamarudin, 33, berkata, dia terpanggil untuk menceburi bidang penternakan setelah mendapati penternak tempatan hanya mampu membekalkan kira-kira 30 peratus daripada keperluan bekalan daging negara manakala selebihnya diimport. Menurutnya, dia nekad berhenti kerja sebagai penyelia projek di sebuah syarikat di Kuantan dan mengusahakan ternakan lembu fidlot di Kampung Tok Fakir, Merchang, di sini. “Pada mulanya, kami memberi fokus kepada lembu baka Brahman dan selepas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya