PENDANG: Walaupun bergerak dengan berkerusi roda sepasang suami isteri orang kurang upaya (OKU) dari Bukit Jenun di sini tidak berputus asa mencari rezeki tanpa meminta-minta. Che Fauzi Abdullah, 48, yang juga bekas atlet Para Sukan Malaysia (Sukma) kini bekerja di sebuah bengkel kenderaan manakala isterinya, Noor Azizah Zainol, 40, mengusahakan perniagaan colek buah yang dijual secara dalam talian bagi menampung kehidupan seharian. “Sejak meninggalkan dunia sukan sebagai atlet angkat berat pada 2019, saya bekerja di sebuah bengkel ubah suai kenderaan OKU dengan pendapatan sehari RM90. Upah saya bergantung kepada tempahan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya