BUTTERWORTH: Seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tuduhan melakukan amang seksual dan seks luar tabii terhadap anak perempuan kandungnya, bulan lalu. Tertuduh berusia 38 tahun, memohon dibicarakan sebaik sahaja dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof. Mengikut pertuduhan, lelaki terbabit yang didakwa sebagai seorang yang mempunyai hubungan amanah iaitu bapa didapati telah melakukan amang seksual terhadap anak perempuannya berusia empat tahun. Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Taman Seri Emas di Nibong Tebal antara pukul 5.30 hingga 6.30 petang Mei lalu. Atas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya