KUANTAN: Pelari pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi menepati ramalan melayakkan diri ke perlumbaan akhir 100 meter (m) lelaki pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia Cahya Mata 2024 di Stadium Darul Makmur di sini hari ini. Azeem, 20, menjuarai separuh akhir saringan kedua dengan catatan masa 10.39 saat (s). Perlawanan akhir 100m lelaki dijadualkan berlangsung pukul 9.30 malam ini. Atlet yang dilihat mampu menjadi pencabar utama Azeem pada perlawanan akhir itu, Jonathan Nyepa (ATM) yang menang saringan pertama separuh akhir dengan catatan masa 10.49s. Semalam, Azeem kecewa selepas hasratnya untuk layak ke…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya