Atlet muda basikal Perlis yakin ‘menyengat’ di Sukma Sarawak - Utusan Malaysia

Atlet muda basikal Perlis yakin ‘menyengat’ di Sukma Sarawak

BARISAN atlet, jurulatih dan pengurus pasukan Sukma basikal Perlis bergambar bersama bekas pelumba basikal negara dari negeri ini baru-baru ini.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Meskipun mempertaruhkan barisan atlet muda lingkungan usia 19 tahun dan ke bawah namun pasukan basikal Sukan Malaysia (Sukma) Perlis melaungkan amaran akan memberi saingan sengit dan yakin membawa pulang pingat khususnya bagi beberapa acara pada temasya di Sarawak, Ogos depan.

Antara yang menjadi sasaran pingat sekurang-kurangnya gangsa adalah bagi acara lebuhraya berpasukan dan beberapa acara lain.

Pengurus pasukan berbasikal Sukma Perlis, Ku Hasrin Ku Abd. Rahman berkata, bagi merealisasikan hasrat tersebut, pasukan berbasikal terus mempergiatkan latihan termasuk akan mengadakan kem latihan di Songhkla, Thailand selepas ini.

Katanya, persediaan pasukan cukup baik sebelum menyertai temasya Sukma dalam tempoh lebih kurang sebulan lagi.

“Sukma ini juga bakal menjadi platform terbaik untuk atlet muda kita dengan sasaran kita dengan kilauan pingat lebih banyak adalah pada temasya Sukma 2026,” katanya.

Tambahnya, pasukan basikal Perlis juga mendapat ‘tonik’ tambahan sebelum ke Sarawak apabila baru-baru ini menyaksikan atlet dari negeri ini iaitu Hakimi Edy Sunarko Abd. Basir muncul juara peringkat kebangsaan bagi acara Elimination Race U19 selain Akmal Adnien Nazri juga mengecapi kejayaan sama bagi acara Scratch Race U17.

“Hakimi Edy dan seorang lagi atlet negeri ini, Mohd Arif Haziq Abd Aziz juga mendapat panggilan pasukan remaja kebangsaan,” katanya

Kontinjen Perlis akan disertai seramai 555 terdiri daripada 374 atlet, 29 pengurus, 83 pegawai dan 67 urus setia dan mereka akan menyertai 29 jenis sukan.

Pada edisi Sukma 2022 di Kuala Lumpur, Perlis mendapat tempat ke-13 daripada 15 pasukan dengan meraih enam pingat emas, tujuh perak dan 10 gangsa.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya