WASHINGTON: Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) meluluskan penjualan dron dan peluru berpandu kepada Taiwan yang dianggarkan berjumlah AS$360 juta (RM1.6 bilion). Agensi Kerjasama Keselamatan Pertahanan (DSCA) Pentagon berkata, penjualan itu akan membantu meningkatkan keselamatan dan mengekalkan kestabilan politik, keseimbangan ketenteraan serta kemajuan ekonomi di rantau itu. Jualan itu termasuk senjata anti-personel dan anti-perisai Switchblade 300 serta peralatan berkaitan dengan anggaran kos AS$60.2 juta (RM283 juta), selain dron Altius 600M-V dan peralatan berkaitan berjumlah AS$300 juta (RM1.4 bilion). Kementerian Pertahanan Taiwan menzahirkan penghargaan terutamanya atas usaha AS meningkatkan penjualan senjata ke…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya