BEIJING: Angka kematian akibat hujan lebat dan banjir di China meningkat sekurang-kurangnya 60 orang, lapor media kerajaan hari ini. Sejak minggu lalu, beberapa bahagian di selatan negara itu dilanda hujan lebat, sehingga mencetuskan banjir dan tanah runtuh. Kira-kira lima orang dilaporkan meninggal dunia di wilayah Hunan, selepas mayat ditemukan oleh pasukan penyelamat. Pusat Meteorologi Kebangsaan mengeluarkan amaran hujan ribut tahap tertinggi selama tiga hari, di lapan wilayah dan majlis perbandaran termasuk di Anhui dan Hunan. Kira-kira 47 orang maut di wilayah selatan Guangdong minggu lalu, manakala sekurang-kurangnya lapan dilaporkan hilang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya