SUNGAI PETANI: Johan hafazan dalam Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK), Muhammad Rifae’i Mat Zuki, 18, hanya mengambil masa 13 bulan untuk menghafal al-Quran dengan syahadah ketika berusia 14 tahun. Muhammad Rifae’i yang juga merupakan pelajar Akademi Darul Ilmi (ADI), Sungai Layar Hujung, di sini, memperoleh markah cemerlang iaitu sebanyak 98.71 peratus sekali gus melayakkan dia memenangi kategori tersebut. Menurutnya, dia mula belajar membaca al-Quran sejak berusia lima tahun melalui pendedahan di rumah oleh kedua-dua ibu bapanya. Katanya, sejak itu timbul minat yang mendalam untuk mendalami al-Quran dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya