KUALA LANGAT: Lebih 50 pemain industri dan institusi pendidikan berkaitan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menanti pengunjung ke Sambutan Hari TVET Negara 2024 yang berlangsung di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat bermula hari ini dan esok. Sekretariat Majlis TVET Negara, Dr. Mohd. Faizal Tokeran berkata, program tersebut menyediakan pengisian lima hab TVET yang meliputi pameran, seminar, pameran kerjaya, keusahawanan dan cabaran bidang kemahiran tersebut. Katanya, ILP Kuala Langat dipilih sebagai tuan rumah kerana kedudukannya yang strategik apabila dikelilingi tujuh institusi berkaitan TVET di bawah enam kementerian berbeza…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya