KOTA BHARU: Kira-kira 300 asnaf dari 10 buah kampung di sini terharu selepas dipilih sebagai penerima daging korban dari Bank Simpanan Nasional (BSN) Kelantan di sini hari ini. Kesemua mereka menerima sumbangan daging menerusi Program Ibadah Korban Bersama Asnaf di Komuniti Kampung Padang Bongor, Gong Dermin, di sini. Pengarahnya, Noriza Hashim berkata, sebanyak lima ekor lembu disembelih pada tahun ini dan ia merupakan program julung kali diadakan oleh BSN Kelantan. Menurutnya, perbelanjaan untuk majlis korban ini adalah hasil sumbangan yang dikumpul BSN Kelantan sejak sejak Januari lalu. “Kesemua penerima ini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya