JOHOR BAHRU: Seramai 20 asnaf berjaya menjadi usahawan selepas menghadiri kelas bimbingan anjuran Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ). Mentor mereka, Rozita Mohd. Sanusi, 44, berkata, hasil bimbingan tenaga pengajar, mereka berjaya menubuhkan sebuah syarikat jualan makanan. “Semua asnaf ini menjalani kelas bimbingan inkubator MAINJ terlebih dahulu sebelum menghadiri kelas-kelas asas pembuatan makanan dan minuman. Alhamdulillah, kesemuanya berjaya menamatkan kursus dan berjaya menumbuhkan syarikat Usahawan Sri Enterprise,” katanya kepada Utusan Malaysia. Rozita memberitahu, sejak ditubuhkan dua tahun lalu, sambutan daripada orang ramai terhadap pelbagai jenis produk terutama kuih sepit dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya