BUTTERWORTH : Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memohon majikan untuk meningkatkan kemudahan mesra Orang Kurang Upaya (OKU) bagi memastikan golongan itu berpeluang untuk memiliki pekerjaan. Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, ketika ini, pengisian OKU dalam perkhidmatan awam dan swasta masih tidak mencapai sasaran satu peratus seperti yang ditetapkan kerajaan sejak tahun 2010. Katanya, antara kekangan yang menyebabkan sasaran itu sukar dicapai adalah disebabkan oleh kekurangan kemudahan serta fasiliti mesra OKU yang sekaligus menyukarkan golongan tersebut untuk memohon pekerjaan bersesuaian. “Kebanyakan bangunan yang sedia ada pula adalah bangunan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya