Tiga PATI Myanmar dicekup selepas ceroboh sempadan negara

Tiga PATI Myanmar dicekup selepas ceroboh sempadan negara

TIGA PATI yang menceroboh masuk ke Malaysia berjaya ditahan oleh ATM menerusi rondaan di sempadan Malaysia-Thailand di Pasir Mas, Kelantan, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Cubaan tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Nyanmar untuk meceroboh masuk ke negara ini melalui Sungai Golok di sempadan Malaysia-Thailand gagal selepas dicekup Angkatan Tentera Malaysia (ATM) semalam.

Kesemua PATI itu diberkas pada pukul 8.30 malam semasa anggota ATM melakukan penugasan kawalan sempadan di sektor Kawasan Tanggungjawab Briged Kelapan Infantri Malaysia
(KTJ 8 Bgd).

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) berkata, semasa rondaan dilakukan anggota bertugas telah melihat PATI tersebut telah menyeberangi Sungai Golok dari arah Thailand menggunakan sampan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati PATI berusia 28 hingga 39 tahun itu mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

“Pihak kami dapati mereka cuba masuk ke Malaysia secara haram untuk mencari peluang pekerjaan.

“Pada masa sama, kita turut merampas dua buah telefon bimbit dan wang tunai RM1,062.71,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, kesemua PATI yang ditahan beserta barang rampasan kepada polis untuk tindakan lanjut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya