KUALA TERENGGANU: Para peniaga dan penggiat industri pelancongan di negeri ini mendapat durian runtuh dengan kunjungan ribuan pelancong sempena cuti sekolah. Bermula semalam, destinasi pelancongan popular mula dipenuhi pelancong tempatan menjadikan penjaja dan peniaga kecil tidak menang tangan dan tersenyum lebar apabila mampu meraih pendapatan dua kali ganda. Pemilik kedai makan di Losong, Norazni Amira Hassan, 41, berkata, kedai nasi campur miliknya diserbu pelanggan yang ingin menikmati makanan tradisional Terengganu. Menurutnya, antara menu yang terpaksa ditambah ialah ikan singgang, lauk lemak sotong dan jambu golok, aneka kerabu serta singgang daging.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya