SHAH ALAM: Penyasaran subsidi diesel akan dilaksanakan tahun ini, cuma tarikhnya masih belum dimuktamadkan. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, terdapat beberapa perkara seperti sasaran penerima layak yang perlu diperkemas dan diperkukuhkan. Beliau berkata, tarikhnya hanya akan ditetapkan selepas Jemaah Menteri berpuas hati dengan perincian semua mekanisme pelaksanaannya. BERSEDIA “Penyasaran semula diesel itu turut melibatkan kementerian-kementerian lain dan apabila pengumuman dibuat kerajaan nanti, semua pihak hendaklah sudah bersedia untuk melaksanakannya,” katanya selepas sesi penyerahan Fleet Card Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2, di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya