PETALING JAYA: Kerajaan perlu memastikan kaedah mekanisme subsidi bersasar dilaksanakan dengan teliti supaya mencapai objektif sebenar dan tidak membebankan rakyat. Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, subsidi bersasar ini perlu dilakukan secara berperingkat supaya tidak berlaku ‘teori domino’ di mana golongan B40 akan menanggung beban jika golongan M40 dan T20 terjejas. “Kita baru sahaja terima pelarasan tarif air dan elektrik. Rakyat harap penyasaran subsidi diesel tidak berlaku secara serentak kerana golongan M40 serta T20 sudah rasa gelombangnya. “Penyasaran subsidi ini kita risau jika kos harga bahan mentah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya