KUANTAN: Seorang pekerja kedai makan Warong Mazenah di sini tidak menyangka memperoleh keputusan 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang diumumkan hari ini. Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gambang, Said Syazwan Said Rosnizam, 18, melihat keputusan itu secara dalam talian ketika berada di hostel disediakan majikannya sebelum masuk kerja pada pukul 11.30 pagi. Menurutnya, ia merupakan berita gembira buat ibunya, Shahiza Nijat, 45, seorang ibu tunggal yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta di Gambang di sini. Tambahnya, dengan keputusan cemerlang itu, dia berharap dapat melanjutkan pengajian…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya