SPM 2023: Pelajar Kelantan dapat 9A keatas terima sagu hati RM500

SPM 2023: Pelajar Kelantan dapat 9A keatas terima sagu hati RM500

WAN Roslan Wan Hamat
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pelajar di negeri ini yang memperoleh keputusan 9A dan keatas dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 akan menerima sagu hati sebanyak RM500 setiap seorang.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi negeri Wan Roslan Wan Hamat Wan Roslan Wan Hamat berkata, selain itu pelajar kelahiran Kelantan yang menuntut diluar turut layak menerima sumbangan tersebut.

Menurutnya, permohonan sagu hati itu boleh dibuat bermula 2 hingga 16 Jun ini.

“Sumbangan ini akan diuruskan oleh Yayasan Islam Kelantan (YIK). Jadi segala maklumat boleh diperoleh melalui laman sesawang YIK.

“Selain itu,  pelajar yang memperoleh mumtaz pada Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) layak menerima sagu hati tersebut,” katanya semasa sidang akhbar selepas Mesyuarat Mingguan Exco di Kota Darulnaim hari ini.

Wan Roslan memberitahu, sumbangan RM500 akan turut diberikan kepada pelajar Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang mendapat 5 prinsipal.

Katanya, ini merupakan bentuk penghargaan kerajaan negeri kepada pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya