MEKAH: Sempat keluar bersama dengan arwah suami sehari sebelum pemergiannya akan menjadi kenangan yang tidak mungkin dilupakan Sadiah Bakar, 72. Manakan tidak, selepas 54 tahun hidup bersama, Allahyarham Abnil Hajar Ismail, 72, menghembuskan nafas terakhir tanpa sempat menunaikan haji bersama beliau. Menurut Sadiah, lebih menyedihkan pemergian arwah Jumaat lalu secara mengejut. “Arwah langsung tidak menunjukkan sebarang tanda sakit kronik ketika kami keluar bersama. “Cuma arwah ada mengadu lenguh badan, itu sahaja sehinggalah pagi Jumaat sebelum dia dibawa ke klinik dan hospital,” katanya ketika ditemui pemberita semalam. Tambah Sadiah, arwah seorang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya