PETALING JAYA: Republik Kyrgyz meminta penasihat dari Malaysia bagi membantu negara itu dalam menguruskan infrastruktur kewangan dan reformasi ekonomi, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar berkata, hasrat itu dizahirkan oleh Presiden Republik Kyrgyz, Akylbek Zhaparov semasa kunjungan hormat beliau ke atas pemimpin negara berkenaan semalam. “Beliau kalau boleh minta supaya (kita) melantik seseorang yang boleh menjadi penasihat kepada kerajaan (Republik Kyrgyz). Itu tahap penghormatan dan pengiktirafan mereka kepada kerajaan Malaysia,” katanya dalam kenyataan. Perdana Menteri dalam rangka lawatan dua hari ke negara tersebut. Menurut Perdana Menteri, pertemuan yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya