PETALING JAYA: Remaja lelaki yang meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh gaung ketika mendaki di Bukit Broga, Semenyih dekat sini, adalah penghuni sebuah rumah kebajikan di Sungai Buloh, Selangor. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, polis menerima laporan kes orang hilang pada pukul 4 petang semalam. Katanya, mangsa dikatakan hilang semasa menjalankan aktiviti pendakian bersama seorang penjaga serta dua rakan kira-kira 12.30 tengah hari. “Bertindak atas maklumat, satu operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan oleh polis, bomba, Unit Anjing Pengesan (K9), malim, renjer hutan, Angkatan Pertahanan Awam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya