Raja Perempuan Perlis berkenan hadiri Majlis Santapan PERKIM - Utusan Malaysia

Raja Perempuan Perlis berkenan hadiri Majlis Santapan PERKIM

TUANKU Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid (duduk, dua dari kanan) berkenan menyantuni tetamu jemputan sewaktu Majlis Santapan Bersempena Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Wanita Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) di Dewan Banquet, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri, Kangar, Perlis. -UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid berkenan berangkat menghadiri Majlis Santapan Wanita Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) di Dewan Banquet, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri, di sini, baru-baru ini.

Majlis santapan itu adalah bersempena dengan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Wanita PERKIM Kebangsaan Kali ke-44.

Keberangkatan tiba baginda diiringi Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan disambut Tengku Puan Temenggong Kelantan, Tunku Puan Sri Datuk Hajjah Noor Hayati Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merangkap Ketua Wanita PERKIM Kebangsaan.

Dalam majlis sama, Tuanku Raja Perempuan Perlis turut berkenan menyempurnakan simbolik perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Wanita PERKIM Kebangsaan Kali ke-44 dengan disaksikan dif jemputan yang hadir.

Untuk perancangan terkini, Wanita PERKIM giat membantu dalam pembangunan kehidupan wanita mualaf termasuklah meneroka pelbagai sektor seperti pertanian, keusahawanan, kaunseling dan beberapa bidang lain.

Sebagai rekod, Wanita PERKIM Kebangsaan juga memainkan peranan penting dalam mencurahkan matlamat bagi merealisasikan hasrat kerajaan dalam meningkatkan martabat wanita sebagai nadi pembangunan modal insan di negara ini.

Matlamat penubuhan PERKIM adalah untuk menjaga kebajikan saudara baru yang mempunyai masalah berkaitan dengan keluarga asal mereka bukan Islam setelah mereka menganuti Islam.

Selain itu, setiap anggota khususnya Wanita PERKIM perlu memastikan saudara baru Islam berada pada landasan yang tepat.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN