Polis Kelantan guna kereta perisai ronda sempadan Malaysia-Thailand

Polis Kelantan guna kereta perisai ronda sempadan Malaysia-Thailand

MUHAMAD Zaki Harun (tiga kanan) meraikan tetamu yang hadir pada Majlis Sambutan Warna Warni Aidilfitri di IPD Pasir Mas, Kelantan malam tadi-UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Polis Kelantan mula menggunakan kereta perisai untuk melakukan rondaan di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini dalam memperketatkan kawalan keselamatan susulan insiden letupan bom dan berbalas tembakan di Gualosira, Pasemas Daerah Sungai Golok, Wilayah Narathiwat, Thailand, pada Isnin lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, rondaan menggunakan kereta perisai jenis AFV Commando V150 dilakukan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) bermula di Tumpat hingga ke Rantau Panjang.

“Rondaan di Tumpat bermula dari Pos Kawalan PGA iaitu Pos Ular, Pos Simpangan, Pos Nibong, Pos Pisau Raut, Pos Naga Ibu dan Pos Kuala Jambu sehingga Rantau Panjang.

“Kenderaan berperisai yang digunakan PGA membabitkan seorang pegawai dan 13 anggota,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Warna Warni Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas, di sini semalam.

Muhamad Zaki memberitahu, pada masa sama rondaan rutin menggunakan kenderaan pacuan empat roda terus dilakukan bagi memastikan kawalan sempadan negara terus kukuh.

Katanya, tahap keselamatan sempadan akan terus dipertingkatkan secara strategik meskipun kejadian itu berlaku di negara jiran.

Dalam perkembangan sama, Muhamad Zaki berkata, pihaknya tidak menerima laporan rasmi berkaitan sebuah kereta yang didakwa menggunakan nombor plat Malaysia semasa insiden berkenaan.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, insiden letupan bom dan berbalas tembakan itu mengakibatkan empat anggota polis Thailand di Balai Polis Sungai Golok, Wilayah Narathiwat cedera.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya