KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan (2023) 2024 dalam Persidangan DUN Sarawak Ke-19 pada Khamis. Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar meluluskan RUU tersebut selepas memperoleh undi majoriti. Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, tambahan peruntukan sebanyak RM267,928,353 akan digunakan untuk membiayai keperluan-keperluan kerajaan. “Seperti yang terkandung dalam ‘Command Paper No.3’ tahun 2024 yang telah dibentangkan di DUN mengikut Seksyen 4(2) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, terdapat 44 sub-aktiviti dan 55 sub-sub aktiviti yang mana peruntukan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya