Kelab permotoran motosikal kembara, BMW GS Owners Malaysia (GSOM) menganjurkan konvoi dari Lembah Klang ke Sudara Resort, Bachok, Kelantan, baru-baru ini. Perhimpunan mega kali kelapan ini mengumpulkan kira-kira 394 peserta melibatkan lebih 240 buah motosikal. Wakil jawatankuasa GSOM, Syahrul Sa’ad berkata, program diadakan di Pantai Timur bertujuan meraikan ahli-ahli dari Kelantan, Terengganu dan Pahang yang sentiasa menyokong aktiviti kelab. Program kali ini turut memberi pendedahan kepada peserta mengenai keselamatan dan tunggangan secara selamat disampaikan oleh bekas pelumba motosikal profesional, Wazi Abdul Hamid. Turut ditampilkan peserta Malaysia GS Trophy 2018 Mongolia,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya