PETALING JAYA: Fasa peralihan monsun menjadi salah satu faktor peningkatan kes demam denggi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, Malaysia sedang berdepan hujan lebat dan angin kencang ekoran fasa peralihan monsun yang diramalkan sehingga Mei ini. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pakar Kesihatan Awam, Datuk Dr. Zainal Ariffin Omar berkata, situasi itu secara tidak langsung menyebabkan banyak takungan air terhasil dan akibatnya boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes. “Ada tempat yang kita boleh periksa dan bersihkan (takungan air) dan di tempat yang sukar dicapai, pasti boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes. “Sehubungan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya