MELAKA: Seorang penolong pegawai Jabatan Perangkaan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas pertuduhan menyalah guna harta dan membuat tuntutan palsu berjumlah RM84,194.10 sejak tiga tahun lalu. Tertuduh, Norrul Huda Marsidin, 40, mengaku tidak bersalah selepas enam pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan. Berdasarkan tiga pertuduhan, tertuduh didakwa secara tidak jujur menyalahgunakan harta milik Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Melaka dan Pertubuhan Belia Bersatu Kampung Tenang masing-masing berjumlah RM18,154.10 dan RM59,400 antara Disember 2021 dan November 2022. Sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara tidak kurang enam bulan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya