SEREMBAN: Seorang penjawat awam ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes menyalahguna kedudukan untuk membuat permohonan dan meluluskan pinjaman wang untuk tujuan pendahuluan bagi kerja-kerja membaik pulih Pusat Mengumpul Getah (PMG) sebanyak RM12,000. Perintah reman selama tujuh hari itu dikeluarkan Majistret, Fairuz Syuhada Amran bermula hari ini hingga 15 Mei depan selepas menerima permohonan dibuat oleh Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Zainab Yahaya di Mahkamah Sivil di sini. Lelaki berusia 44 tahun itu dipercayai menyalahguna kedudukan bagi tujuan tersebut melalui dana daripada Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Rancangan (JKKR)…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya