Penggunaan kereta elektrik kurangkan permintaan minyak dunia

Penggunaan kereta elektrik kurangkan permintaan minyak dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Pertumbuhan permintaan minyak dunia dijangka berkurangan tahun ini akibat didorong oleh peralihan kepada penggunaan kereta elektrik di China dan Amerika Syarikat (AS). 

Firma perunding, Wood Mackenzie berkata, sekalipun permintaan berkemungkinan meningkat sebanyak 340,000 tong sehari (bpd), iaitu pada 26.5 juta bpd tahun ini, angka itu menyaksikan penurunan berbanding pertumbuhan 700,000 bpd, tahun lalu. 

“Penembusan kereta elektrik meningkat di AS dan China. 

“Bagi tahun ini, permintaan di China hanya akan meningkat sebanyak 10,000 bpd disebabkan oleh peningkatan penggunaan EV yang lebih tinggi,” katanya lapor Reuters. 

Firma perunding, Rystad Energy menetapkan permintaan minyak dunia pada kira-kira 26 juta bpd pada 2024. 

Ia meningkat sebanyak kira-kira 300,000 bpd dari pertumbuhan kira-kira 700,000 bpd pada tahun 2023, yang dikuasakan oleh lonjakan penggunaan selepas wabak, kata penganalisis, Mukesh Sahdev.

China, yang dahulu merupakan pendorong permintaan minyak dunia, dijangka menyumbang lebih separuh daripada semua jualan EV tahun ini, menurut Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA). 

Ramalan oleh cabang penyelidikan, China National Petroleum Corp (CNPC) menunjukkan penggunaan petrol oleh pengimport minyak mentah terbesar dunia dijangka berkembang kira-kira 1.3 peratus, atau kira-kira 2 juta tan kepada 165.1 juta tan metrik (3.8 juta bpd) tahun ini.  

Cabang penyelidikan penapisan terbesar China, Sinopec, menjangka permintaan petrol meningkat sebanyak 1.7 peratus atau kira-kira 3 juta tan untuk mencapai 182 juta tan tahun ini.

Memandangkan kejatuhan harga mendorong permintaan, kereta elektrik yang dijual tahun ini boleh mencapai 45 peratus di China, kira-kira 25 peratus di Eropah dan lebih 11 peratus di Amerika Syarikat (AS), menurut IEA.

Sebagai perbandingan, jualan kereta yang berkembang pesat, bersama-sama dengan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan penembusan EV yang rendah, memacu permintaan petrol di India dan Indonesia.

Kerajaan menjangka penggunaan minyak di India akan mencapai rekod baharu sebanyak 39.2 juta tan (908,000 bpd) pada tahun ini hingga Mac 2025, meningkat kira-kira lima peratus daripada 37.2 juta tan hingga Mac lalu. 

Pentadbiran Maklumat Tenaga AS merekodkan penggunaan petrol di negara itu merosot kira-kira 376 juta galon sehari (8.94 juta bpd) pada tahun 2023 selepas mencapai rekod 392 juta galon pada tahun 2018.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya