SELAYANG: Seorang pengarah sebuah syarikat jam islamik didenda RM13,500 oleh dua Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan memiliki 703 unit jam azan bernilai RM222,000 tanpa perakuan yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN), tahun lalu. Sewaktu prosiding di hadapan Majistret Chai Guan Hock, Mohamad Basri Ibrahim, 34, mengaku bersalah dan dikenakan denda RM6,500 manakala Majistret Nur Hafizah Rajuni mengenakan denda RM7,000 ke atasnya. Mahkamah juga memerintahkan tertuduh dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda RM6,500 dan penjara tujuh bulan sekiranya gagal membayar denda RM7,000. Tertuduh membayar denda…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya