TEMERLOH: Hasrat Sri Pahang untuk memulakan saingan Liga Super musim ini dengan kemenangan tercapai apabila menewaskan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) 1-0 di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) malam ini. Gol tunggal Sri Pahang dijaringkan oleh pemain import, Manuel Hidalgo, minit ke-63. Bermula separuh masa pertama, skuad Tok Gajah terus melakukan asakan bertali arus ke kubu lawan sehingga memperoleh lima sepakan sudut namun tiada jaringan berjaya dicipta pemain serangan Sri Pahang. Percubaan terbaik menerusi Stefano Brundo pada minit-minit akhir separuh masa pertama tetapi pemain pertahanan KDN FC berada di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya