PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC), hari ini. Bank pusat itu dalam kenyataannya berkata, pada tahap OPR semasa terus menyokong ekonomi dan konsisten dengan penilaian semasa berhubung dengan prospek inflasi dan pertumbuhan. “MPC tetap berwaspada terhadap perkembangan semasa bagi memaklumkan penilaian prospek inflasi dan pertumbuhan dalam negeri. “MPC akan memastikan pendirian dasar monetari kekal kondusif untuk pertumbuhan ekonomi yang mampan dalam keadaan harga yang stabil,” katanya. Kali terakhir BNM menaikkan OPR adalah daripada 2.75 peratus kepada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya