SEREMBAN: Pihak Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Sembilan telah segera mengambil tindakan terhadap laporan keresahan penduduk di Kampung Jimah Lama di Port Dickson berhubung terdapatnya tanah persendirian di kampung itu yang dijadikan kawasan pelupusan sampah haram. Pengarahnya, Hazahar Hashim berkata, selepas laporan tersebut disiarkan Utusan Malaysia pada 1 Mei lalu, pihaknya telah menjalankan satu operasi penguatkuasaan di kampung berkenaan yang terletak bersebelahan dengan Sungai Lukut Besar. Jelasnya, hasil siasatan di lokasi terbabit mendapati tanah tersebut adalah milik persendirian yang digunakan untuk melupuskan sisa secara haram oleh…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya