SEREMBAN: Kekerapan berlakunya kejadian pokok tumbang kebelakangan ini turut mendorong sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Skuad Pantas Nilai untuk tampil menghulurkan bantuan. Menurut pengerusinya, Mohd. Redzwan Shujaudin, sepanjang tempoh dua bulan lepas, kira-kira 12 batang pokok tumbang dan 20 batang pokok berisiko telah pihaknya potong dan membersihkannya termasuk menerusi bantuan kecemasan. “Boleh dikatakan Skuad Pantas Nilai turun membantu melakukan kerja-kerja kecemasan satu hingga tiga kali dalam seminggu. Bantuan kecemasan yang dihulurkan seperti membersihkan pokok tumbang dan memotong pokok berisiko. “Secara keseluruhannya, dalam tempoh tersebut juga sebanyak 15 kali kami…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya