KANGAR: Buah mempelam harumanis Perlis mempunyai keistimewaan tersendiri dan tidak mampu ditandingi mana-mana negeri yang cuba mengusahakan tanaman tersebut. Malah, Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli secara berseloroh meminta agar Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tidak berangan untuk menyaingi harumanis Perlis pada masa hadapan. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Mohd. Shukri berkata, Perlis sudah jauh terkedepan dalam aspek tanaman harumanis di Malaysia walaupun beberapa negeri cuba menanam buah tersebut secara komersial. “Harumanis Perlis mempunyai rasa dan bau tersendiri malah faktor cuaca serta tanah di negeri ini membuatkan buah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya