SEREMBAN: Permohonan supaya peruntukan diberikan kepada lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang sekali lagi dibawa ke persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan. Kali ini ia dibangkitkan oleh Mohamad Hanifah Abu Baker (PN-Labu) yang menyifatkan permohonan kali ini yang terakhir akan dibawa oleh ADUN Perikatan Nasional (PN) di negeri ini selepas berulang kali permohonan dibuat sebelum ini. “Saya memohon kepada Sikamat (Datuk Seri Aminuddin Harun) dapat mempertimbangkan untuk memberikan peruntukan kepada YB pembangkang, mungkin ini adalah permintaan kami yang terakhir, kami tidak akan bangkitkan pada sidang yang akan datang.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya