MADINAH: Usia yang sudah lebih separuh abad dengan keupayaan semakin terbatas tidak mematahkan semangat untuk mendapat haji mabrur. Begitulah semangat Ramli Md. Saad, 79, yang berpeluang menunaikan haji pada tahun ini yang akan digunakan sebaik mungkin, seolah-olah haji terakhir bagi dirinya. Menurut pesara guru ini, dia menyifatkan peluang menunaikan haji kali ini sebagai rezeki yang tidak disangka-sangka. “Sepatutnya saya pergi tahun lepas. Akan tetapi kesihatan isteri saya tidak mengizinkan dan tidak melepasi syarat. Justeru saya terpaksa menangguhkan pemergiaan saya ke Tanah Suci Mekah. “Alhamdulillah, hajat saya termakbul tahun ini dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya