SEREMBAN: Pihak Majlis Bandaraya Seremban (MBS) akan mendapatkan cadangan daripada pihak konsultan berhubung kerja-kerja pembaikan yang perlu dilakukan pemaju susulan kejadian hakisan dan tanah mendap yang berlaku membabitkan kawasan perumahan di Vila Bukit Negeri, Senawang. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan negeri, J. Arul Kumar berkata, tempoh selewat-lewatnya sehingga 27 Mei ini diberikan kepada pihak konsultan untuk memberikan cadangan itu kerana tindakan segera pembaikan perlu dilakukan. “Isu penting di lokasi terjejas ini adalah daripada segi mampatan tanah. Kita bagi tempoh selewat-lewatnya Isnin ini untuk konsultan memajukan cadangan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya