KANGAR: Masyarakat Islam di negara ini perlu menguasai penggunaan kecerdasan buatan (AI) yang semakin digunakan secara meluas oleh semua pihak. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sekiranya gagal menguasai AI dan tranformasi digital, masyarakat Islam akan kalah berikutan semua bidang kini memerlukan penggunaan teknologi tersebut. Beliau berkata, penguasaan teknologi itu adalah amat penting bagi membolehkan masyarakat Islam menetapkan nilai AI tersebut. “Kalau kita tak kuasai AI, transformasi digital, kita akan kalah kerana dalam semua bidang seperti pengurusan kerajaan, ketenteraan, polis, Imigresen, swasta dan pertanian akan dikuasai AI. “Kita kena…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya