GUA MUSANG: Seluruh masjid bandar negeri dan bandar di sini disarankan untuk melaksanakan solat sunat istiqa susulan cuaca panas melampau yang sedang melanda ketika ini. Ketua Jajahan Gua Musang, Nik Raisnan Daud berkata, pihaknya mencadangkan solat tersebut dilaksanakan bermula Khamis ini sebagai salah satu ikhtiar dalam berdepan situasi cuaca mutakhir ini. Menurutnya, ketika ini Gua Musang antara yang mengalami cuaca panas melampau apabila suhu adakalanya mencecah antara 38 hingga 40…










