Masalah brek punca tiga Orang Asli maut di Gua Musang - Utusan Malaysia

Masalah brek punca tiga Orang Asli maut di Gua Musang

KEADAAN lokasi kemalangan maut yang meragut tiga lelaki Orang Asli di di Kilometer 80, Jalan Gua Musang-Lojing, Gua Musang, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Masalah brek pada lori simen dipercayai menjadi punca tiga lelaki Orang Asli suku kaum Semai maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka itu terbabas sebelum terjatuh ke dalam gaung di Kilometer 89.5, Jalan Gua Musang-Lojing di sini, hari ini.

Dalam nahas kira-kira pukul 10.15 pagi itu, pemandu lori, David Harun, 42, bersama dua lagi penumpang, Zaki Osman, 23, dan Fauzi Ramli, 28, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, maklumat tersebut berpandukan kepada kesan brek sepanjang 415 meter yang terdapat di atas jalan berkenaan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati ketiga-tiga mangsa sedang dalam perjalanan dari arah Tanah Tinggi Lojing menghala ke Gua Musang. 

Ujarnya, semasa tiba di lokasi kejadian, lori simen yang dipandu David dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas merempuh penutup longkang konkrit di kiri jalan lalu terbabas masuk ke dalam gaung. 

“Siasatan mendapati, lori tersebut dalam perjalanan menghantar konkrit dari Blue Valley Cameron Highlands ke Tanah Tinggi, Lojing.

“Pemandu kenderaan itu dipercayai gagal mengawal kenderaan semasa melalui jalan selekoh dan bercerun,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Choon Foo memberitahu, mayat ketiga-tiga mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat.

Utusan Online hari ini melaporkan, tiga lelaki Orang Asli maut akibat tercampak dari sebuah lori simen yang dinaiki mereka selepas terbalik ke dalam gaung di Kilometer 80, Jalan Gua Musang-Lojing di sini, hari ini.

Difahamkan, ketiga-tiga mangsa berusia dalam lingkungan 40-an dan mereka berasal dari Cameron Highlands, Pahang.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya